Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan
sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen
pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada
fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong
banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit
tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth,
infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia
(‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video.
Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular
pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung
dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network –
PSTN’’) (pengecualian adalah telefon satelit).
Semakin
zaman berlalu, telefon bimbit melalui pelbagai reka bentuk. Pada
awalnya, telefon bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit
semakin kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Bukan sahaja
orang yang bekerja, malah remaja juga kini ramai yang memiliki telefon
bimbit.